Polis Sarawak menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes rusuhan di sebuah kedai makan di Matang, lewat malam sabtu.<br /><br />Sumber polis memberitahu, kesemua suspek merupakan rakyat tempatan berusia 26 hingga 40 tahun.<br /><br />Sebahagian suspek ditahan ketika berada di hadapan premis berkenaan sementara beberapa tangkapan lain dilakukan selepas suspek dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Satok dan Balai Polis Padawan.